Friday, 16 November 2012

Mata


      Mata untuk mengecam warna. Terdapat pelbagai warna di sekeliling kita iaitu warna merah, putih , hijau, biru, kuning, jingga, hitam dan ungu.

     Mata mengecam bentuk. Mata boleh melihat pelbagai bentuk. Bentuk-bentuk asas yang patut diketahui ialah bentuk segi empat sama, bentuk segi empat tepat, bentuk segi tiga dan bentuk bulatan.

     Mata mengecam saiz. Mata boleh melihat atau mengecam sesuatu objek itu besar atau kecil. Mata juga boleh mengenal pasti pelbagai saiz sesuatu objek sama ada panjang atau pendek, tinggi atau rendah.


No comments:

Post a Comment