Friday, 23 November 2012
Sunday, 18 November 2012
TUNG SHWU JENG: Latihan
TUNG SHWU JENG: Latihan: Latihan Bahasa Malaysia (Tahun 1) Latihan bahasa malaysia tahun 1 from TungJess Latihan Sains Tahun 1 from TungJess ...
TUNG SHWU JENG: Bahasa Melayu
TUNG SHWU JENG: Bahasa Melayu: Alam Si Kecil - Haiwan Liar ABC Ku Burung Kakak Tua
Saturday, 17 November 2012
Bahasa Malaysia ( Tahun 1 )
Selamat sejahtera kepada rakan-rakan KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Bahasa Malaysia seperti cerita, latihan, Standard Prestasi KSSR BM Tahun 1, lagu kanak-kanak, RPH dan refleksi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia saya. Saya berharap rakan-rakan boleh memberi pendapat dan cadangan kepada saya supaya saya dapat meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran saya. Sekian, terima kasih.
Friday, 16 November 2012
Bentuk 3 Dimensi
Kepelbagaian Bentuk pelbagai bentuk boleh dijumpai disekeliling kita. Contoh: segiempat tepat, segiempat sama, segitiga, bulatan, sfera, piramid,
kubus, kuboid, kondan silinder. Bentuk 3 dimensi dikategorikan dengan benda
atau objek yang boleh dipegang dan di sentuh. Bentuk-bentuk ini ada di
sekeliling kita. Lihat pasangan bentuk di bawah:



Organ-organ Deria
Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.
Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.
Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan. Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Mata
Mata untuk mengecam warna. Terdapat pelbagai warna di sekeliling kita iaitu warna merah, putih , hijau, biru, kuning, jingga, hitam dan ungu.
Mata mengecam bentuk. Mata boleh melihat pelbagai bentuk. Bentuk-bentuk asas yang patut diketahui ialah bentuk segi empat sama, bentuk segi empat tepat, bentuk segi tiga dan bentuk bulatan.
Mata mengecam saiz. Mata boleh melihat atau mengecam sesuatu objek itu besar atau kecil. Mata juga boleh mengenal pasti pelbagai saiz sesuatu objek sama ada panjang atau pendek, tinggi atau rendah.
TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
Mengenal pasti bahagian komputer serta dapat membuka dan menyimpan fail grafik dan dokumen pemprosesan. Menggunakan perisian aplikasi dan sumber TMK yang bersesuaian (MS Word, MS Power
Haiwan
Cara haiwan bergerak
Haiwan bunyi
Cara haiwan bergerak from Jess Tung
Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan dan serta menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita
Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan dan serta menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita
Haiwan bunyi from Jess Tung
Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup juga melalui proses tumbesaran.
Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas, tidak bergerak dan tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.
Pengenalan
Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi sudah mula diperkenalkan kepada murid Tahun Satu mulai tahun 2011 untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran baru ini akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain. Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.
Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer. Bagaimanapun, penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.
Dari segi pengisian kurikulum Sains pula, sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk
Subscribe to:
Posts (Atom)